Cara Selamat Mengecas Peranti Pintar Ditempat awam

Kepada anda yang kerap mengecas peranti pintar pada Laptop ataupun pengecas yang disediakan di tempat awam seperti lapangan terbang dan sebagainya, berikut kami kongsikan satu gadget yang mampu menghalang daripada data peranti pintar dicuri ketika melakukan proses pengecasan.

Gadget yang yang kami maksudkan ialah USB Data Blocker.



Peranti ini perlu disambungkan pada hujung Port USB sebagai perantaraan sebelum disambung pada pengecas Komputer ataupun sebarang Port pengecas yang disediakan ditempat awam untuk mengelakkan sebarang Malware menjangkiti peranti ataupun digodam.



Berikut perbandingan port yang digunakan berbanding dengan port biasa, dimana beberapa pin telah dibuang untuk memastikan hanya proses mengecas sahaja yang akan berlaku bukannya pemindahan data.



Kami sangat syorkan kepada anda yang selalu merantau keluar negara yang mana kerap menggunakan pengecas awam.

Berikut harga yang ditawarkan pada kedai atas talian Lazada, walaupun agak mahal ianya berbaloi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan