Cara Sambungkan Controller PS4 Kepada Telefon Pintar

Anda gemar bermain aplikasi pada telefon pintar? Mahu gunakan alat kawalan untuk bermain? Anda memiliki alat pengawal PS4? Sekiranya terbit soalan-soalan ini dibenak fikiran anda, boleh baca artikel ini sehingga habis.

Bagaimana sambungan dilakukan?


Mudah sahaja. Pergi ambil DUALSHOCK 4 anda sekarang dan ikuti langkah-langkah dibawah;

1. Pertama sekali pastikan ciri Bluetooth pada telefon pintar anda diaktifkan.

2. Tekan butang Share dan PS serentak pada alat kawalan PS4 anda. Lampu dibahagian sisi hadapan akan berkelip-kelip.



3. Cari danĀ  Wireless Controller pada paparan Bluetooth di telefon pintar anda.

4. Sekarang kedua-dua peranti ini sudah bersambung dan anda boleh mula menavigasi telefon pintar anda serta bermain aplikasi.

https://www.youtube.com/watch?v=9EVLbrqdr4U

Diingatkan juga, tidak semua aplikasi permainan menyokong penggunaan alat kawalan ini. Permainan yang sudah kami cuba adalah Call of Duty Mobile, Worm Zone.io, Asphalt 9, Buggy Beach Racing, Stardew Valley dan beberapa permainan lain. Anda boleh cuba sendiri. Bagi peranti iOS pula ia sepadan digunakan pada sistem iOS 13. Selamat mencuba.

Berkaitan