Cara Reset "Keyboard" Pada iPhone dan iPad

Kepada pemilik peranti pintar Apple diluar sana, masalah papan kekunci yang menjadi berat atau "lag" ketika menaip, berkemungkinan ianya disebabkan oleh pemasangan sebarang aplikasi kekunci pihak ketiga ataupun tetapan jenis tulisan tertentu yang mana perlu di tetapkan semula kepada tetapan asal.

Berikut kami kongsikan cara untuk melakukan proses "Reset" pada kekunci peranti tersebut agar ianya kembali lancar dan berfungsi seperti sediakala.

Pertama sekali masuk ke menu Setting.



Kemudian pilih menu General.



Seterusnya skrol kebawah dan pilih menu Transfer or Reset iPhone.



Pada bahagian bawah pilih menu Reset.



Pada paparan berikut Tap pada menu Reset Keyboard Dictionary.



Masukkan kata laluan.



dan akhir sekali Pilih menu Reset Dictionary. Sebelum itu anda perlu maklum bahawa sebarang jenis tulisan dan "Custom words" yang anda tetapkan ketika menaip akan dipadamkan.



Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan