Cara Rakam Skrin Paparan Laptop Dengan Pantas, Hanya Tekan Tiga Butang Kekunci


Bagi pengguna telefon pintar, fungsi rakam paparan skrin antara fungsi yang amat diperlukan. Perkara ini memudahkan mereka untuk membuat video tutorial, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjalankan perniagaan atau promosi secara digital.

Mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya laptop juga memiliki fungsi rakam skrin. Ia tidak memerlukan sebarang aplikasi.

Pertama sekali, untuk mulakan rakaman skrin, anda perlu tekan butang kekunci Win+Alt+R.



Kedua, untuk aktifkan mic, anda klik butang mic. Jika ingin menghentikan rakaman skrin, anda perlu klik butang stop



Langkah seterusnya, untuk melihat hasil rakaman paparan skrin, anda perlu tekan butang Win+G. Ia akan pergi Game Bar seperti di bawah, lalu klik 'show all capture'.



Mudahkan? Anda tidak perlukan aplikasi tambahan untuk merakam skrin paparan laptop. Hanya tiga langkah sahaja untuk merekod. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.


Bacaan Terbaru dalam Tips Gajet