Cara Pindahkan Kredit e-Dompet TnG Ke Dalam Akaun ShopeePay

Dikemas kini pada 11 April 2022:

Untuk pengetahuan anda, cara yang dikongsikan di sini sudah tidak boleh diaplikasikan lagi. Sila rujuk artikel baharu kami - Bantuan ePemula Tidak Seperti Sebelum Ini, Terhad Pembayaran Kedai Fizikal Sahaja



Dah tuntut e-Dompet RM50 anda? Masih ada baki yang belum dibelanjakan? Apa kata anda pindahkan e-Dompet RM50 itu ke dalam akaun ShopeePay anda bagi memudahkan proses pembelian barangan di Shopee.

Di sini dikongsikan cara memindahkan amaun e-Dompet dari aplikasi Touch N Go ke dalam akaun ShopeePay.

1. Buka aplikasi ShopeeDalam aplikasi Shopee, tap pada ikon Me kemudian tap pada pilihan ShopeePay



2. Kemudian di dalam ShopeePay, pilih ikon Top Up.



3. Seterusnya dalam ShopeePay Top Up, pilih amaun Top Up di bahagian One-time Top Up yang anda mahukan (sebagai contoh di sini adalah RM20).



4. Kemudian, tetapkan tetapan Payment sebagai Cash Payment at 7-Eleven (Kena pilih tetapan tersebut).

Kapsyen: Tap pada butang CONFIRM.


5. Selepas pilihan amaun dan tetapan pembayaran ditetapkan, tap pada butang Pay Now.



6. Selepas tap pada Pay Now, anda akan menerima Transaction ID bagi membuat pembayaran di kedai 7-Eleven. Jadi anda perlu ke kedai 7-E yang terdekat dengan anda.



7. Seterusnya di 7-E, tunjukkan kod bar tersebut untuk diimbas bagi melengkapkan proses pembayaran. Kod pembayaran tersebut boleh semula diakses di bahagian ShopeePay dalam aplikasi Shopee anda.



8. Setelah kod bar diimbas, anda maklumkan pada staf kaunter 7-E itu untuk membuat pembayaran tersebut menerusi e-Dompet dari aplikasi Touch N GO.

Jadi, anda buka aplikasi Touch N GO di dalam peranti dan tap pada ikon Pay  bagi melengkapkan proses pembayaran.



9. Kemudian, anda akan menerima Kod QR untuk diimbas oleh staf 7-E. Selepas diimbas, proses pembayaran dari e-Dompet TnG ke akaun ShopeePay anda pun berjaya dilakukan.



10. Bagi memastikan proses pembayaran berjaya dibuat, anda bolehlah semak semula akaun ShopeePay anda.



Selamat mencuba.