Cara Pasang GCam Pada Asus Zenfone Max Pro M2

Rasanya semua sudah maklum dengan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi aplikasi GCam dari Google.

Kali ini, kami ingin tunjukkan langkah-langkah menggunakan GCam pada peranti terbaru dari Asus iaitu ZenFone Max Pro M2.

Zenfone Max Pro M2 boleh dikatakan baik dalam kelasnya dari setiap aspek tetapi kualiti kameranya lebih-lebih lagi waktu malam tidak begitu kemas.

Jangan risau, anda tidak perlu root peranti, tidak perlu menyahkunci bootloader.

  1. Pertama sekali, muat turun serta pasang adb dan fastboot drivers(1) ke dalam komputer atau laptop anda.

  2. Kemudian muat turun fail adb (2) ini dan ekstrak di desktop anda.

  3. Pastikan anda mengaktifkan developer option pada Zenfone Max Pro M2 (Settings > Systems > tekan About Phone sebanyak 7 kali)

  4. Pergi ke bahagian Developer Option untuk aktifkan USB Debugging pula.

  5. Matikan peranti, tekan serentak dua butang (Volume Up+Power button)  untuk masuk mod fastboot.

  6. Sambungkan telefon pintar menggunakan kabel pada laptop.

  7. Buka fail adb (2) yang sudah di-ekstrak tadi.

  8. Tekan lama butang Shift pada laptop dan dalam masa yang sama klik kanan pada ruang kosong dalam fail adb(2).

  9. Paparan akan terbuka menunjukkan Open PowerShell atau Open Command (berbeza mengikut versi Windows).

  10. Klik pada Open PowerShell atau Open Command tersebut dan tetingkap arahan akan keluar.

  11. Anda perlu taip dua arahan (satu-persatu) untuk mengaktifkan Camera 2 api pada Zenfone Max Pro M2.

  12. Taip arahan pertama seperti ini .\fastboot devices

  13. Selepas itu tekan Enter dan laptop akan mengesan telefon anda. Jika terdapat ralat atau garis merah, ia bermaksud adb dan fastboot drivers (1) tidak dipasang dengan betul.

  14. Jika tiada sebarang masalah, masukkan arahan kedua .\fastboot oem enable_camera_hal3 true dan terus tekan Enter.

  15. Paparan akan menunjukkan mesej OKEY, FINISHED bermaksud anda sudah berjaya mengaktifkan Camera 2 API pada peranti Max Pro M2.

  16. Untuk mengesahkan proses diatas, muat turun Camera2 Probe dan periksa level 3 berwarna hijau dan telah ditanda.

  17. Sekarang anda boleh gunakan salah satu GCAM dibawah

    • Pixel 3 GCam (buat masa sekarang tidak menyokong kamera selfie)

    • Pixel 2 GCam (sokongan untuk kedua-dua bahagian kamera,depan dan belakang)