Cara Pasang Dan Main Call of Duty Mobile Di Komputer

Beberapa minggu lalu, permainan Call of Duty Mobile dilepaskan dan telah mendapat sebanyak 100 juta muat turun pada minggu pertama. Pembangun permainan tersebut iaitu Tencent turut melancarkan emulator supaya permainan itu juga dapat dimainkan di komputer.

Gameloop, yang ditelah dijenamakan dari Tencent Gaming Buddy sebelum ini merupakan emulator rasmi untuk permainan COD Mobile ini. Antara kelebihan bermain COD Mobile di komputer adalah :

  • Kawalan yang lebih tepat menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan skrin lebih besar, pandangan lebih luas dan pengalaman mendengar yang lebih menarik.

  • Ubahsuai tetapan papan kekunci menggunakan Smart Mapping  untuk capaian yang lebih selesa ketika bermain.

  • Resolusi sehingga 2K. Nikmati grafik permainan tertinggi yang disokong oleh COD Mobile.

  • Sistem anti-cheat khusus yang dibangun oleh Tencent untuk mewujudkan suasana bermain yang adil untuk semua pemain.


Cara memasang



  1. Muat turun perisian Gameloop melalui laman rasmi Gameloop yang bersaiz 10MB.

  2. Pasang dan lancarkan Gameloop. Di menu bahagian kiri, klik Game Center untuk mendapatkan paparan sebegini:




3. Cari permainan Call of Duty dan klik. Apabila butang install ditekan, terdapat pilihan pelayan mana yang mahu dimuat turun.

4. Pilih versi pelayan "Southeast Asia"  tekan butang install.



 

5. Permainan akan dibuka seusai pemasangan. Kawalan bermain menggunakan tetikus dan papan kekunci telah ditetapkan secara terbina namun anda boleh mengubahnya mengikut kesukaan anda di bahagian menu kanan tetingkap.



6. Anda juga boleh mengubah tetapan grafik tertinggi mengikut kemampuan komputer anda.

7. Selamat bermain!

 

Berkaitan