Cara Pantas Membuka Laman Sesawang Menggunakan Kekunci "Shortcut"

Bagi memudahkan anda membuka laman sesawang kegemaran ketika melayari internet menggunakan Chrome, berikut kami kongsikan cara untk menetapkan kekunci pintas bagi laman tersebut.

Pertama sekali buka laman sesawang yang anda inginkan, kemudian tetapkan sebagai Bookmark.



Seterusnya lakukan Drag & Drop untuk memasukkan ikon bookmark tadi ke ruangan Desktop atau folder pada PC anda.



Kemudian klik kanan pada ikon tersebut dan masuk ke menu Properties.



Pada bahagian Shortcut Key, masukkan huruf yang anda inginkan sebagai Shortcut.



Maka setiap kali menggunakan Chrome, anda hanya perlu menekan kekunci yang telah ditetapkan tadi untuk terus membuka laman sesawang kegemaran anda.

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan