Cara Pantas Dan Mudah Untk Mencipta Logo Perniagaan

Kepada anda yang ingin mereka logo perniagaan ataupun untuk kegunaan sosial media dengan mudah pantas dan menarik, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali Masuk ke laman sesawang https://hatchful.shopify.com/ Kemudian Klik sahaja tombol Get Started.

 



Seterusnya pilih jenis tema logo yang anda mahukan berdasarkan kesesuaian tujuan perniagaan anda dan klik tombol Next.



Pada paparan berikut, pilih 3 jenis Visual Style atapun gaya yang anda ingin terapkan pada seni binaan logo anda kemudian klik Next.



Kemudian masukkan nama perniagaan anda dan slogan perniagaan disusuli menekan tombol Next.



Pilih dimana logo tersebut akan digunakan, sama ada untuk kegunaan Facebook, Instagram laman sesawang dan sebagainya.



Pada paparan berikut akan disenaraikan lebih seratus logo yang telah dihasilkan berdasarkan ciri - ciri yang anda tetapkan tadi untuk anda pilih dan dimuat turun.



Setelah dipilih logonya, klik pada tombol Download untuk memulakan proses muat turun. Dengan itu, logo tersebut akan dihantar melalui email anda, selesai.



Berikut fail zip yang mengandungi logo untuk kegunaan pelbagai platform yang anda pilih sebentar tadi.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan