Cara Nyahaktif Fungsi "Noise cancellation" Pada iPhone

Kepada yang belum tahu, peranti iPhone hadir dengan fungsi Noise Cancelation yang telah diaktifkan bertujuan untuk meningkatkan tahap kejelasan suara ketika melakukan panggilan yang mana bunyi sekeliling akan cuba disenyapkan.

Namun kepada anda yang berasa jengkel dengan fungsi ini atau mungkin kerana ianya sedikit sebanyak meneyebabkan proses panggilan berlaku dengan kurang baik, berikut kami kongsikan cara untuk mematikan fungsi tersebut.

Pertama sekali masuk ke menu setting.



kemudian pilih menu Accessibility.



Skrol kebawah dan tap pada menu Audio/visual.



Pada paparan berikut, padamkan fungsi dibawah.



Selesai, sekarang proses panggilan telefon tidak lagi disunyikan oleh bunyi sekeliling.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan