Cara Nyahaktif Akaun Instagram Dengan Mudah

Ada ketika, anda mungkin memerlukan masa untuk berjauhan sebentar dengan sosial media. Dengan akaun yang sentiasa aktif, ia mungkin membuatkan anda tidak henti menggunakan sosial media tersebut.

Sebagai satu langkah untuk mengelakkan terlalu banyak masa dihabiskan dengan sosial media seperti Instagram, di bawah ini kami sediakan cara mudah untuk nyahaktif akaun Instagram.



Pertama, anda perlu log masuk menggunakan pelayar pada peranti atau komputer riba melalui instagram.com terlebih dahulu. Anda mungkin tidak dapat meneruskan langkah seterusnya jika log masuk dibuat melalui aplikasi.

cara deactive instagram

Klik "Edit Profile" di bahagian profil. Setelah itu, pilih "Temporarily disable my account".

cara deactive instagram

Kemudian, pilih mana-mana alasan untuk nyahaktifkan akaun Instagram anda dan masukkan kata laluan sebagai pengesahan. Langkah terakhir, tekan pada "Temporarily Disable Account".

Perlu diingatkan semua data anda masih akan tersimpan dengan selamat walaupun akaun telah dinyahaktif. Untuk mengaktifkan kembali akaun anda, hanya perlu log masuk seperti biasa.

Untuk makluman, anda hanya dibenarkan nyahaktif akaun Instagram sekali dalam masa seminggu. Ia bertujuan untuk memastikan fungsi ini tidak disalahgunakan untuk tujuan tertentu.