Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
file pdf word

Cara Nak ‘Preview’ Fail PDF Atau Word Tanpa Buka Fail

Diterbitkan Februari 15, 2022 oleh Faiz Munir

Mungkin ada dalam kalangan anda yang menyimpan banyak fail PDF atau Word lebih-lebih lagi kalau anda pelajar yang memang banyak muat turun fail untuk dijadikan rujukan. Namun setiap kali anda hendak mencari semula fail anda, anda perlu buka satu-satu fail untuk mencari fail yang anda mahukan.

Di sini, kami ingin kongsikan cara bagaimana untuk membuat pra-tonton (preview) fail anda tanpa membukanya. Sekaligus memudahkan pencarian anda.

Ikuti langkah mudah seperti berikut:

1. Pergi ke folder fail yang anda mahukan.

Downloads 15_2_2022 12_37_24 PM

2. Klik pada mana-mana 1 fail PDF atau Word dan tekan alt+P

Cara Nak ‘Preview’ Fail PDF Atau Word Tanpa Buka Fail

3. Anda akan dipaparkan dengan fail tersebut pada bahagian kanan folder tersebut. Dari sini anda juga boleh memilih fail lain dan cari fail anda mahukan melalui paparan yang tersedia.

Cara Nak ‘Preview’ Fail PDF Atau Word Tanpa Buka Fail

4. Jika sudah menjumpai fail tersebut, anda boleh menutup paparan dengan menekan sekali lagi alt+P.

Downloads 15_2_2022 12_40_54 PM

 

Selain fail PDF dan Word, fungsi ini turut menyokong beberapa fail lain seperti PowerPoint, Excel dan gambar.

Melaluinya, anda dapat melakukan kerja anda dengan lebih produktif. Harap perkongsian kami dapat membantu anda hari ini atau pada masa akan datang.

Baca juga:

  • Cara Mudah Terjemahkan Kandungan Fail PDF
  • Cara Menggabungkan Beberapa Gambar Terus Kepada PDF Pada Windows
  • Cara Untuk Mengambil Gambar Daripada Fail PDF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY