Cara 'Mute' Video Yang Ingin Dikongsi Pada Aplikasi WhatsApp Untuk Peranti Android

Pada awal Februari lalu, WhatsApp telah melepaskan versi beta bagi ciri 'mute' video pada aplikasi WhatsApp. Kini, ciri tersebut telah dilepaskan kepada semua peranti Android melalui kemas kini terbaru.

Melalui fungsi ini, ia memudahkan pengguna untuk membisukan bunyi audio yang tidak diperlukan pada video sebelum berkongsi video berkenaan kepada kenalan di WhatsApp.

mute video WhatsApp

Seperti yang terdapat pada Instagram Stories, fungsi ini boleh digunakan dengan cara pilih seperti biasa video yang ingin dikongsi, kemudian tap pada ikon pembesar suara melalui ruang suntingan video sebelum berkongsi kepada kenalan atau status WhatsApp.

Buat masa ini, fungsi tersebut hanya tersedia untuk peranti Android dan dijangka akan ditawarkan untuk peranti iOS bagi kemas kini akan datang.

Sumber: WhatsApp