Cara ''Mute'' Perkataan Di Twitter Pada Android, iOS Dan Dekstop

Ciri untuk mute sesuatu perkataan pada ciapan sudah lama diperkenalkan oleh Twitter. Ciri ini bertujuan untuk menapis perkataan yang berbaur keji atau perkataan yang tidak elok di Twitter. Langkah dari Twitter ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk membantu pengguna yang sering di ganggu oleh kata-kata makian atau erti kata lain ‘social media harassment’.

https://twitter.com/nonprofWHIT/status/1229960549028581376

Baru-baru ini, menurut ciapan @nonprofWHIT beliau menemukan cara yang lebih mudah untuk mute perkataan terus dari ciapan bagi pengguna iOS.

iOS


Bagi pengguna iOS, anda hanya perlu melakukan langkah berikut untuk mute perkataan terus dari ciapan :

  • Tekan lama pada perkataan yang anda mahu mute.

  • Pilih ''Mute'' dari menu pop up.

  • Anda akan dihantar terus ke halaman di mana anda boleh memilih untuk mute perkataan tersebut dari timeline atau notification, dari sesiapa atau pengguna yang anda tidak follow dan tempoh masa untuk mute perkataan tersebut sama ada selamanya, 24 jam, 7 hari atau 30 hari.


ios

Android


Bagi pengguna Android pula, langkah-langkah yang perlu anda lakukan mungkin tidak semudah seperti iOS. Tetapi anda juga boleh melakukan hal yang sama di aplikasi Twitter.

  • Klik Settings and privacy > Privacy and safety > Muted words

  • Klik pada simbol ''+'' di bawah bahagian kanan untuk tulis perkataan yang anda mahu mute.

  • Selepas tulis perkataan yang anda mahu ''senyap'' kan, anda diberi pilihan sama seperti telefon pintar untuk memilih mute di notification atau timeline dan tempoh masa untuk mute perkataan tersebut sama ada selamanya, 24 jam, 7 hari atau 30 hari.


android

 

Dekstop


Akhir sekali, bagi pengguna yang selalu membuat ciapan melalui dekstop anda juga boleh untuk mute perkataan dari dekstop. Berikut adalah caranya :

  • Klik More > Settings and Privacy > Privacy and Safety

  • Pada ruangan Privacy and Safety, tatal ke bawah dan klik ''Mute''>''Muted Words''.


twitter on dekstop

  • Klik pada simbol ''+'' di atas bahagian kanan untuk tulis perkataan yang anda mahu mute.

  • Selepas tulis perkataan yang anda mahu ''senyap'' kan, anda diberi pilihan sama seperti telefon pintar untuk memilih mute di notification atau timeline, dari sesiapa atau pengguna yang anda tidak follow dan tempoh masa untuk mute perkataan tersebut sama ada selamanya, 24 jam, 7 hari atau 30 hari.


twitter