Cara Mudah Untuk Mengingati Tempat Parkir Kereta

Kepada anda yang selalu terlupa tempat parkir kereta, terutamanya ketika ke bandar dan pusat membeli belah, berikut kami kongsikan tips mudah untuk anda mengingati dan menguruskan tempoh masa parkir.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi ParKing ataupun Where is daripda ApkPure.com.

Sesudah selesai memarkir kenderaan, letakkan ikon Pin pada lokasi tersebut dengan menggunakan Pin yang disediakan pada layar aplikasi tersebut.



 

 

Kemudian anda akan mendapat notifikasi untuk memasukkan gambar kenderaan pada aplikasi tersebut. Klik pada ikon Kamera pada bahagian bawah aplikasi dan tangkap gambar kenderaan anda. Gambar ini akan dimasukkan ke status lokasi parkir kenderaan anda.



 

 

Seterusnya klik pada menu alarm dan tetapkan tempoh masa parkir kenderaan anda tersebut. Selesai.



 

Maka sekiranya anda terlupa akan arah ataupun lokasi parkir tersebut, klik sahaja pada ikon navigasi pada paparan menu dibawah maka anda akan dibawa terus ke lokasi parkir.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan