Cara Mudah Untuk Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Dipadam Daripada PC, Pemacu USB & Peranti Android

Adakalanya, kita terpaksa mengosongkan ruang simpanan PC atau peranti Android milik kita bagi memberi ruang kepada aplikasi/fail lain untuk disimpan.

Bagaimanapun, ada juga diantara kita yang secara tidak sengaja terpadamkan sesebuah fail penting dan tidak mengetahui cara untuk mendapatkannya semula.

Oleh itu, pada kali ini kami akan kongsikan semula kepada anda mengenai bagaimana caranya bagi mendapatkan semula fail-fail tersebut.

1. Muat turun dan aplikasi Recuva File Recovery pada PC milik anda -> Pautan

2. Buka aplikasi dan pilih jenis fail untuk didapatkan kembali. Untuk lebih mudah, pilih sahaja "All Files".



3. Pilih lokasi asal bagi fail yang ingin dikembalikan. Bagi langkah ketiga ini, sekiranya ia adalah fail daripada pemacu USB atau peranti mudah alih Android anda, pastikan ia disambungkan ke PC anda terlebih dahulu.



4. Pada tetingkap seterusnya, anda hanya perlu pilih "Next" dan "Start". Jangan lupa untuk aktifkan "Enable Deep Scan" untuk carian yang lebih mendalam, namun mungkin mengambil masa yang lebih lama. 



5. Setelah itu, pilih fail yang ingin dikembalikan semula dan klik pada butang "Recover"



Diharapkan, dengan kiriman kali ini dapat membantu anda yang kehilangan fail-fail penting untuk mendapatkannya semula.

 

Sumber: Recuva

Berkaitan