Cara Mudah Untuk Membuat "Shortcut" Untuk Semua Fail Pada Android

Kepada anda yang masih tercari - cari cara untuk membuat Shortcut bagi semua fail dalam Android seperti gambar, dokumen dan lain - lain, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali pasang aplikasi Shorty daripada ApkPure.com



Seterusnya masuk ke bahagian File Manager untuk mencari mana - mana fail yang anda ingin jadikan sebagai Shortcut



 

Kemudian tekan tombol share dan pilih Pin to home screen



 

Setelah anda dibawa masuk ke aplikasi Shorty, berikan kebenaran sekiranya diminta



 

Untuk pilihan Icon Style, ianya terbahagi kepada dua iaitu Thumbnail atau Custom text



Kemudian tetapkan jenis teks dan latar belakang pada Ikon



 

Akhir sekali akan muncul pop up Add to homescreen, pilih add automatically untuk menambahkannya ke layar utama. Selesai.



Dengan cara ini shortcut anda akan kelihatan lebih Smart dan unikĀ 

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan