Cara Mudah Untuk Membuat "Ringtone" Sendiri Pada Android

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara untuk anda menghasilkan nada dering unik pada peranti Android. Nada dering tersebut boleh di sunting daripada koleksi lagu mp3 kegemaran anda.

caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

langkah 1

Muat turun aplikasi Ringtone Maker terlebih dahulu daripada Playstore.



 

Langkah 2

Seterusnya, buka aplikasi tersebut dan pilih mana-mana lagu mp3 yang anda suka untuk di ubah suai kepada nada dering. Boleh juga menggunakan rakaman suara sendiri jika anda mahu.



Langkah 3

Kemudian masuk ke menu "Edit" dan buat sedikit suntingan pada lagu tersebut iaitu sama ada dengan memendekkan masa lagu dan masukkan "fade in" atau " fade out" agar nada dering menjadi lebih mantap.



Langkah 4

Setelah selesai di "edit" pilih "make as default ringtone" atau pilih sahaja "assign to contact" pada mana-mana profil panggilan yang anda berkenan.



 

Selesai sudah. Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami, selamat mencuba.