Cara Mudah Untuk Membuat Carian Menggunakan Gambar Pada Android

Google merupakan agen carian yang teragung dekad ini, walaupun terdapat banyak lagi agen carian yang seakan dengannya, ia tidak mampu menandingi keunikan yang ada pada Google.

Carian menggunakan gambar sememangnya sudah biasa dilakukan mengunakan Google pada PC, namun sekiranya menggunakan peranti pintar ianya agak leceh untuk dilakukan. Berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda melakukan carian menggunkan gambar pada peranti pintar.

Pertama sekali pasang aplikasi Search By Image yang boeh didapati pada laman sesawang ApkPure.com



 

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan tap pada menu "+" pada bawah sebelah kanan. Kemudian pilih menu Image Gellery untuk memilih gambar yang ingin anda buat carian.



 

Pilih gambar dan seterusnya tap pada menu Buka



 

Anda boleh menyunting gambar tersebut sekiranya perlu. Setelah selesai, tap pada ikon carian dibahagian bawah.



 

Aplikasi Search By Image akan memulakan cariannya pada Google dan berikut adalah contoh hasilnya. Sekiranya anda ingi membuka carian tersebut pada aplikasi Google Chrome boleh sahaja tap pada ikon Globe pada atas sebelah kanan



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan