Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Kepada pengguna peranti Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk anda membuat animasi sendiri. Perlu diingat bahawa kaedah ini tidak membolehkan anda membuat animasi sehebat Hollywood, namun ianya cukup sekiranya ingin diguna pada media sosial ataupun di peringkat sekolah.

Caranya sangat senang, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali, pasang aplikasi FlipaClip - Cartoon Animation daripada Palystore terlebih dahulu.



 

Seterusnya pilih ikon + untuk memulai membuat animasi.



 

Berikan tajuk yang sesuai



 

Pilih latar belakang untuk animasi yang ingin dibuat tersebut, boleh pilih yang sudah tersedia ataupun pilih gambar yang ada dalam peranti anda.



 

Kemudian pilih saiz canvas yang ingin digunakan.



 

Pilih FPS ataupun frame per seconds yang ingin ditetapkan pada animasi tersebut, kami cadangkan pilih diantara 11 hingga 13. Seterusnya pilih create project.



 

Bahagian atas adalah tools untuk suntingan, manakala bahagian tengah adalah babak yang ada dalam animasi anda. Kotak merah yang paling merah adalah potongan babak demi babak yang ada dalam filem anda.



 

Anda boleh membuat filem yang pendek ataupun panjang bergantung pada "selera" anda.



 

Jika sudah siap, klik pada butang Play untuk memainkan animasi yang telah anda hasilkan.



 

Selamat menonton.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.

 

Berkaitan