Cara Mudah Untuk Henti Lihat Kiriman Rakan di FB & Twitter Tanpa Perlu "Block" Mereka

Setiap seorang daripada kita hampir pasti memiliki akaun Facebook atau Twitter bukan? Dua platform media sosial ini menjadi tempat yang sering menjadi pilihan untuk meluahkan perasaan atau berkongsi sesuatu info mahupun aktiviti yang dijalankan.

Akan tetapi, kadangkala ada pengguna lain yang sering mengirimkan sesuatu perkara yang tidak kita gemari. Jika pengguna tersebut tidak dikenali di dunia nyata, mudah sahaja, kita hanya perlu unfriend atau unfollow mereka.

Namun, bagaimana pula jika pengirim adalah rakan kita sendiri? Pasti akan timbul rasa bersalah untuk unfriend(FB) atau unfollow(Twitter) mereka di media sosial.

Jadi, kali ini kami akan bantu anda untuk berhenti melihat kiriman mereka dengan cara mudah tanpa perlu berhenti mengikuti mereka di media sosial.

FACEBOOK


1. Untuk Facebook, buka mana-mana akaun yang ingin "dilenyapkan"



 

2. Klik pada butang Following, dan tekan pada Unfollow. Selesai. Bagaimanapun, apabila rakan tersebut tag anda, anda masih akan mendapat notifikasi mengenainya.



 

TWITTER

1. Sama seperti FB, buka akaun rakan yang diinginkan



 

2. Tekan pada ikon titik tiga bertindih di bahagian bucu atas sebelah kanan paparan, dan pilih Mute. Berbeza dengan FB, anda tidak akan mendapat notifikasi secara terus ke telefon pintar sekiranya rakan tersebut tag anda di Twitter.



Walaupun cara ini mungkin telah diketahui ramai, namun percayalah masih ada dikalangan kita yang tidak menyedari mengenai kemudahan ini.

Atas sebab itu, diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda mengekalkan hubungan persahabatan dengan baik di masa akan datang.

Berkaitan