Cara Mudah Sanitasi Peranti Pintar Daripada Covid19

Kemampuan Virus Covid19 untuk hidup dalam jangka masa yang lama pada sebarang permukaan sangat merisaukan kita. Secara tak langsung ianya akan menjadi salah satu punca jangkitan virus pada pengguna pranti pintar, apatah lagi sekiranya berada di tempat awam yang mana meja kerusi dan pelbagai permukaan yang lain mungkin bersentuhan dengan peranti terdedah kepada virus tersebut.

Walaubagaimanapun, langkah pencegahan boleh dilakukan secara berkala bagi menghindari malapetaka wabak tersebut. Berikut kami kongsikan cara untuk melakukan proses sanitasi pada peranti pintar. Jangan risau, proses ini tidak memerlukan anda merendam peranti didalam air Clorox ataupun cecair sanitasi tangan yang boleh merosakkan cip peranti.

Pertama sekali dapatkan pad sanitasi alkohol seperti berikut, pad ini biasa digunakan pada bahagian luka untuk tujuan pembasmi kuman.



harganya dipasaran pun sangat murah ianitu dalam sekitar RM8 sahaja, bergantung kepada keadaan semasa.



Hanya sehelai sahaja diperlukan



Sapu secara menyeluruh dikesemua permukaan peranti sehingga bersih



Oleh kerana ianyanya adalah berasaskan alkohol maka ianya akan cepat meruap dan kering, selesai.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan