Cara Mudah Pindahkan Perbualan WhatsApp Ke Telefon Baru

Satu perkara yang sering kali ditanya berkenaan aplikasi pemesejan ini adalah bagaimana cara untuk memindahkan perbualan kedalam telefon yang baru.Caranya sangat mudah kerana data sandaran WhatsApp disimpan pada Google Drive.

Bagi yang tidak tahu apa itu Google Drive, ia adalah perkhidmatan storan awan (cloud storage) dimana anda boleh akses segala data yang disimpan dimana-mana jua peranti, asalkan bersambung dengan internet.

Untuk pastikan segala mesej WhatsApp anda di backup oleh Google Drive, pergi ke Menu > Settings > Chats > Chat backup. 



 



 





Pada paparan terakhir seperti gambar dibawah, anda akan melihat waktu terakhir data perbualan anda dibackup mengikut lokasi.

Local membawa maksud data backup berada dalam memori telefon, dan Google Drive bermaksud data disalin pada storan awan.



Sistem backup ini boleh ditetapkan mengikut kemahuan anda, sama ada secara harian, mingguan, atau bulanan.

Bahagian Account menunjukkan alamat e-mel kepada Google Drive.

Jadi sebelum tukar ke telefon yang baru, pastikan anda tekan butang hijau Backup dan biarkan proses menyalin data dibuat terus ke Google Drive.

Pada telefon baru, anda perlu masukkan e-mel seperti yang ditetapkan pada WhatsApp. Selepas buka WhatsApp kali pertama, selesaikan proses daftar nombor telefon, akan muncul paparan seperti dibawah.

Kapsyen: Dari kiri ke kanan


Aplikasi akan mencari carian data backup pada Google Drive. Jadi sangat penting untuk anda gunakan e-mel yang sama.

Selepas itu, data akan disalin masuk kedalam telefon baru dan apabila proses siap, anda boleh lihat semua perbualan yang terdahulu.

Mudah bukan? Jadi jangan risau kehilangan perbualan WhatsApp apabila bertukar ke telefon yang lain.

Berkaitan