Cara Mudah Muat Turun Facebook Live Video Untuk Android Dan iPhone

Sejak diperkenalkan setahun yang lalu, fungsi Facebook Live sememangnya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Pengguna tidak perlu lagi bersusah payah memuat naik video kedalam Facebook kerana mereka boleh terus membuat penstriman secara langsung untuk berkongsi dengan rakan-rakan.

Walaupunbegitu, Facebook tidak menyediakan butang bagi anda memuat turun video secara terus menggunakan aplikasi telefon.

Pastinya ada diantara anda yang tidak mahu terlepas kenangan manis yang dirakam pada Facebook Live dan mahukan ia disimpan didalam telefon.

Berikut merupakan cara mudah memuat turun video Facebook Live ke dalam telefon Android dan juga iPhone.

  • Buka aplikasi Facebook

  • Pilih Faceboook Live yang ingin dimuat turun

  • Tekan anak panah seperti dibawah. Lain telefon lain simbol; ada yang 3 titik bertindih.




  • Tekan Copy Link

  • Buka pelayar Google Chrome, paste dan tekan search.

  • Mainkan video

  • Tap dan hold video. Kemudian akan terpapar pilihan untuk muat turun video Facebook Live ke dalam telefon.


Inilah cara untuk muat turun Facebook Live tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga, jika anda ada cara yang lain boleh kongsikan di ruangan komen.

Sumber: iTechify