Cara Mudah Masukkan "Subtitle" Pada Video

Kepada anda yang yang ingin memasukkan sarikata pada video, berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh anda cuba tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang www.kapwing.com/subtitles



Sterusnya klik pada tombol Upload untuk memuat naik video ataupun masukkan sahaja URL lokasi video tersebut sekiranya ia berada pada Youtube

Maka anda akan dibawa ke paparan berikut.



Masukkan sarikata yang anda inginkan pada ruangan yang disediakan, kemudian tetapkan sela masa untuk sarikata tersebut muncul pada video. Pastikan anda klik pada tombol add subtitle untuk setiap bari sarikata tersebut.

Setelah semuanya selesai, klik pada tombol merah CreateDengan itu video tersebut akan diproses, tunggu sehingga selesai.Setelah siap diproses, anda akan dibawa ke paparan berikut. Untuk memuat turun video tersebut klik sahaja pada tombol Download yang disediakan. Selesai.Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan