Cara Mudah Kecilkan Saiz Foto Menggunakan Microsoft Paint

Kepada anda yang berhasrat untuk mengecilkan saiz foto bagi menjimatkan ruang simpanan peranti ataupun data internet sekiranya ingin membuat perkongsian atas talian, boleh sahaja menggunakan aplikasi Paint yang terdapat pada Windows. Tanpa memerlukan aplikasi tambahan, anda dapat mengubah saiz dengan kadar masa beberapa saat sahaja.

Ikuti langkah mudah berikut.

Pertama sekali buka gambar yang ingin diubah saiznya seperti biasa menggunakan Paint. Klik pada menu Resize



Seterusnya anda akan muncul paparan dengan dua pilihan seperti dibawah. anda boleh pilih sama ada mahu mengecilkannya menggunakan skala percentage ataupun pixel



Pada contoh berikut kami gunakan Pixel sebagai medium, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menandakan petakĀ maintain expect ratio dan seterusnya ubah saiz mengikut kemahuan anda, pada bahagian kota horizontal & verical seperti gambar dibawah



Akhir sekali klik pada tombol Ok, selesai.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan