Cara Mudah Format "Thumbdrive" Dengan Masalah "Disk Write Protected"

Masalah Disk write-protected seringkali terjadi pada storan mudah alih, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Sama ada menggunakan kaedah Command Prompt, Regedit dan sebagainya.



Namun kepada anda yang tidak begtu arif dalam menggunakan kaedah tersebut, berikut kami kongsikan cara alternatif yang mudah dan mesra pengguna untuk memulihkan masalah Disk write-protected.

Pertama sekali, muat turun aplikasi Partition Assist dan pasang pada PC anda. Boleh sahaja gunakan pautan berikut

Partition Assist

Setelah selesai dipasang pada PC, masukkan Storan mudah alih yang bermasalah kemudian buka aplikasi tersebut. pada paparan yang muncul, klik kanan pada Thumbdrive yang ingin dibaiki seterusnya klik pada menu Format partition.



Pada paparan berikut, klik sahaja pada tombol OK



Klik pada ikon Apply pada bucu sebelah kiri atas paparan.



Akhir sekali, klik pada tombol Proceed, tunggu sehingga selesai.



Sekarang peranti anda sudah siap di Format, dengan itu masalah Disk write-protected tidak akan muncul lagi.

 

Itlah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan