Cara Mudah Dan Pantas Mengenalpasti Tajuk Lagu

Seringkali kita terdengar lagu - lagu menarik yang dimainkan sama ada pada filem mahupun di radio yang mana tajuknya tidak diketahui. Agak leceh untuk mencari tajuk lagu tersebut apatah lagi sekiranya ia dimainkan dalam bahasa asing.

Berikut kami kongsikan salah satu aplikasi mengenal lagu yang mana dapat mengesan tajuk lagu dengan pantas dan mudah sejurus ianya dimainkan.

Pertama sekali pasang aplikasi Shazam pada peranti anda.



Untuk mengesan lagu misteri, buka sahaja aplikasi tersebut dan tap pada ikon dipaparan aplikasi tersebut untuk mengaktifkan mod carian.



Kemudian buka lagu misteri yang ingin dikesan pada mana - mana aplikasi atau dekatkan peranti anda pada radio ataupun TV agar ianya didengarkan pada mikrofon peranti.



Selepas beberapa saat, aplikasi tersebut akan selesai membuat carian. dan hasilnya akan dipaparkan pada bahagian Library aplikasi.



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan