Cara Mudah Baiki Fail Video Rosak Dengan VLC

Pemain video VLC sememangnya terkenal dengan fungsi yang pelbagai guna dalam memainkan pelbagai jenis format video dan suntingan.

Tips kai ini kami ingin kongsikan cara - cara untuk membaik pulih fail video yang Corrupted ataupun dengan kata lain fail yang tidak dapat dimainkan. Ikuti sahaja langkah berikut.

langkah 1 : Buka aplikasi VLC dan masuk ke menu Media > Convert/save



Langkah 2 : Pilih Add File pada paparan berikut dan pilih fail video yang anda ingin pulihkan. Kemudian klik pada menu Convert/Save



 

Langkah 3 : Pada paparan berikut pilih jenis codec yang anda inginkan pada ruangan profile dan seterusnya klik pada menu Edit 



Manakala pada paparan berikut buat pilihan dengan lebih terperinci ciri - ciri fail yang akan dipulihkan.



Langkah 4: Apabila kembali ke paparan ini, apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada Destination File untuk menentukan lokasi fail tersebut akan disimpan selepas selesai dan akhir sekali klik pada tombol Start. Maka proses pembaikan akan bermula, tunggu sehingga selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan