Cara Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

Apa yang dapat kami simpulkan, VLC merupakan pemain video yang paling "jahat" pernah dicipta. Dengan pelbagai fungsi suntingan video yang sangat menarik, ianya menjadikan VLC diantara pemain video yang terbaik boleh didapati secara percuma diatas talian.

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi pemain video hebat ini yang dapat membantu pengguna diluar sana memuat turun video pada Youtube dengan pantas dan mudah, tanpa perlu membuka laman sesawang ataupun perisian tambahan. Ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

 

Pertama sekali, buka laman sesawang Youtube dan pilih video yang anda berkenan. Seterusnya salin URL nya pada bahagian alamat.



 

Kemudian buka aplikasi VLC dan masuk ke Media > Open network stream.



 

Tampalkan alamat yang anda salin sebentar tadi dan klik pada tombol play. Apapun pastikan PC anda tersebut sedang tersambung ke internet.



 

Ketika video tersebut sedang dimainkan, masuk ke menu Tools > Codec information



 

Maka akan muncul paparan berikut. apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyalin alamat URL pada bahagian location di bawah paparan.



 

Seterusnya, buka Golgle Chrome atau Firefox, tampalkan alamat tersebut dan tekan Enter. Maka secara otomatik video tersebut akan dimuat turun degan jayanya. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan