Cara Muat Turun Video Di Twitter Guna iPhone

Pasti pengguna twitter semua tertanya-tanya bagaimana untuk memuat turun video di twitter? Kini, dengan aplikasi Shortcut anda sudah boleh memuat turun video di akaun twitter anda sendiri dengan mudah. Pastikan juga anda berada pada iOS yang terkini iaitu iOS 12 dan iOS 13.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun video di Twitter :

muat turun video twitter

  1. Pertama sekali klik pada pautan ini.

  2. Kemudian, tatal ke bawah sekali dan tekan pada butang merah yang bertulis Add Untrusted Shortcut.

  3. Seterusnya klik pada butang yang dibulatkan.


 

muat turun video twitter

4. Selepas anda lakukan langkah 3, anda akan dibawa ke halaman yang seterusnya dan klik pada butang Copy link to Tweet.

5. Buka aplikasi Shortcut dan tekan pada kotak berwarna hijau yang ditulis Twitter Video Downloader V2.6.

6. Seterusnya, anda diberi pilihan untuk memuat turun dalam Low, Medium atau High.

Akhir sekali, video yang anda memuat turun tersebut akan terus disimpan dalam aplikasi Photos pada iPhone anda.

 

Berkaitan