Cara Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya terdapat beberapa aplikasi khusus untuk memuat turun gambar mahupun video daripada Instagram.

Namun kepada anda yang tidak mahu menggunakan sebarang aplikasi tambahan, boleh sahaja memuat turun video terus ke peranti Android anda. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Masuk ke aplikasi Instagram anda, dan cari vdeo yang ingin dimuat turun



 

Seterusnya klik pada ikon tiga titik pada bahagian atas sebelah kanan video tersebut dan klik pada menu Copy Link



 

Kemudian masuk ke laman sesawang downloadgram.com. "Paste" salinan pautan yang anda salin sebentar tadi pada ruangan yang disediakan. Klik pada tombol Download



 

Setelah selesai di proses, maka akan muncul tombol Downlaod Video pada bahagian bawah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan klik pada tombol tersebut dan secara otomatik video tersebut akan terus disimpan dalam peranti. Selesai



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan