Cara Muat Turun Lagu Spotify Untuk Dengar Secara Offline

Baru-baru ini Spotify telah menambahbaik aplikasi mereka di desktop dan web dengan penampilan segar serta fungsi kawalan lebih baik. Antara ciri baharu adalah seperti kebolehan untuk drag and drop serta kebolehan menulis penerangan dan gambar pada senarai main.

Menariknya, pengguna juga sudah boleh memuat turun dan dengar lagu di komputer tanpa talian internet seperti yang boleh dilakukan di aplikasi mudah alih. Namun, kebolehan ini hanya boleh dilakukan oleh ahli Spotify Premium.

Berikut adalah cara mudah untuk muat turun lagu di aplikasi mudah alih Spotify:

Pertama sekali, pergi ke Library tab dan tekan Create Playlist. Namakan senarai main tersebut dan tambahkan sebanyak mana lagu yang anda inginkan.



Selesai menambah lagu, toggle butang Download berwarna hijau di bahagian kanan dan tanda hijau akan muncul dibawah nama lagu menunjukkan muat turun sedang berlangsung. Selesai.



Untuk aplikasi Spotify di komputer, ikuti cara ini:

Pertama sekali, pastikan anda ada aplikasi Spotify tersedia didalam komputer anda. Kemudian, ikuti langkah sama seperti di peranti mudah alih tadi.

Buka aplikasi dan cipta senarai main baharu atau boleh juga buka senarai main sedia ada.



Akhir skali, tekan butang anak panah kebawah disebelah butang main untuk memuat turun.



Selesai. Dengan fungsi ini, kini anda boleh mendengar lagu kegemaran di Spotify walaupun tiada sambungan internet. Diingatkan semula, kebolehan ini hanya boleh digunakan oleh ahli Spotify Premium.

Untuk melanggan dan maklumat lanjut mengenai Spotify Premium, pergi ke sini.

Sumber: cnet

Berkaitan