Cara Muat Turun filem & Siri TV Daripada Netflix

Kepada anda yang gemar menonton rancangan dan filem daripada Netflix pada PC atau laptop, Sememangnya agak terganggu sekiranya sambungan internet yang agak perlahan. Ini kerana kebanyakan daripada filem yang ditawarkan adalah dalam format Full HD dan Ultra4K.

Apapun anda tidak perlu bersedih, kerana Netflix membolehkan anda memuat turun segala isi kandungannya sama ada menggunakan tablet ataupun PC. Fungsi muat turun tiada disediakan sekiranya anda menonton menggunakan laman sesawang, ia boleh dilakukan dengan hanya menggunakan aplikasi tertentu sahaja.

Kepada anda yang menggunakan PC Windows 10, berikut kami kongsikan caranya.

 

Pertama sekali pastikan anda muat turun aplikasi Netflix pada Apps Store windows 10



 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan log masuk menggunakan akaun Netflix yang sudah anda langgan. Untuk makluman anda akaun ini boleh didapati dengan harga tidak sampai RM20 sahaja, sangat berbaloi. Kemudian pilih mana - mana filem atau rancangan yang anda berkenan.



 

Pada paparan berikutnya akan muncul menu seperti dibawah. Untuk memuat turun klik sahaja menu Muat turun seperti yang ditunjukkan pada kotak merah.



 

Maka proses memuat turun akan berlaku, sekiranya anda ingin membatalkan proses tersebut boleh sahaja klik pada menu berikut.



 

Maka dengan selesainya proses memuat turun, anda boleh menonton rancanagn kegemaran anda bila - bila msa sahaja tanpa perlu sambungan internet.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan