Cara Muat Turun Fail Daripada Laman Slide Shares

Laman Slide shares sememangnya terkenal sebagai pusat pengumpulan hasil karya berunsurkan pendidikan yang dimuat naik sebagai fail pembentangan.

Namun malangnya untuk memuat turun fail tersebut memerlukan anda mencipta akaun dan agak leceh untuk dilakukan. Berikut kami kongsikan cara alternatif yang boleh anda cuba untuk memuat turun fail daripda laman slide shares tanpa perlu mendaftar masuk.

Pertama sekali masuk ke laman Slide shares dan buat carian fail yang ingin anda muat turun. Kemudian klik pada fail yang anda berkenan untuk membuakanya.



Seterusnya untuk memuat turun, salin alamat URL terlebih dahulu.



Kemudian masuk ke laman Simply Debrid dan tampalkan URL yang anda salin seberntar tadi. klik pada tombol Generate Links



Tunggu sehinga pautan muat turun selesai di proses. Setelah selesai, maka pada bahagian bawah akan muncul pautan untuk dimuat turun. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik sahaja pautan tersebut untuk memuat turun fail yang anda inginkan, selesai.



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan