Cara Muat Naik Gambar Di Instagram Guna Desktop

Perkongsian foto di platform Instagram selalunya dibuat melalui telefon pintar. Mungkin anda ada gambar menarik didalam komputer yang mahu dikongsikan. Tidak perlu pindahkan ke telefon pintar kerana anda boleh terus muat naiknya terus daripada komputer. Artikel kali ini saya akan kongsikan cara muat naik gambar di Instagram menggunakan dekstop.



Pertama sekali buka Instagram, klik pada butang tiga titik di atas. Kemudian tekan More Tools dan seterusnya tekan Developer Tools.



Selepas itu, anda akan dipaparkan ke halaman seperti gambar di atas. Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke Responsive dan klik pada butang tersebut. Kemudian, pilih peranti yang tertera mengikut pilihan anda.



Akhir sekali, anda perlu refresh dan pangkah pada kotak Performance di bahagian kanan. Maka anda akan dapat paparan seperti gambar di atas dan boleh mula muat naik gambar di akaun Instagram anda sendiri menggunakan dekstop.

Selain itu, anda juga boleh tatal ke bawah untuk melihat suapan serta membalas perbualan di Direct Messages.

Berkaitan