Ciri tersembunyi yang sesuai untuk pengguna peranti pintar berskrin besar.

Jika anda pengguna aplikasi pelayar Chrome, anda mungkin akan berdepan kesukaran mengakses ciri butang Home, Search atau Tab.

Ini kerana kedudukan 3 butang utama itu terletak di bahagian atas pelayar tersebut. Kedudukan butang pintasan ini sebenarnya tidaklah menyukarkan pengguna bagi mencapainya.

Tetapi jika anda pengguna peranti pintar dengan skrin yang bersaiz besar, kedudukan butang-butang itu mungkin agak menjengkelkan anda.

Jadi bagi menjadikan 3 butang utama itu lebih mudah dicapai, anda boleh mengubah kedudukannya ke bahagian bawah pelayar Chrome.

IKLAN

Berikut adalah panduan bagi mengubah kedudukan butang Home, Search dan Tab ke bahagian bawah pelayar Chrome untuk pengguna Android:-

1. taip chrome://flags pada ruang URL di pelayar Chrome

IKLAN

2. Seterusnya taip perkataan “Duet” pada ruang carian

3. Kemudian di bahagian “Chrome Duet” klik pada butang pilihan “Home-Search-TabSwitcher Variation”.

Seterusnya klik butang Relaunch bagi mengaktfkan perubahan tetapan yang dibuat tadi.

Kini anda akan nampak butang Home, Search dan Tab sudah berada di bawah pelayar Chrome. Selamat mencuba.