Cara Merekodkan Kehadiran Pelanggan Dengan Kod QR

Kepada anda yang menjalankan perniagaan ketika tempoh kawalan pergerakan ini, yang mana setiap premis perniagaan seperti restoran, kedai - kedai dan sebagainya perlu merekodkan maklumat pelanggan yang berkunjung ke premis. berikut kami kongsikan cara untuk merekodkan kehadiran secara atas talian menggunakan kod QR.

Pertama sekali buka pelayar internet dan masuk ke menu Google Doc.



Kemudan Pilih aplikasi Form.



Seterusnya pilih menu Contact information.



Masukkan nama kedai atau restoran pada bahagian atas untuk memudahkan urusan anda. Pada bahagian Nama dan Telefon, aktifkan tombol Required untuk menjadikan menu tersebut adalah wajib.



Manakala untuk menu - menu yang lain anda boleh memadamnya dengan menekan tombol berikut. Ini kerana maklumat yang perlu direkod adalah nama dan nombor telefon pelanggan sahaja.



Kemudian masuk ke menu setting.



 

Pada paparan berikut nyahakitfkan menu Limit to 1 person disusuli dengan menekan menu Save.



Klik pada tombol Send



Pilih menu berikut dan salin pautan yang diberikan.



Seterusnya masuk ke laman sesawang Kod QR dengan menggunakan pautan dibawah.

https://www.the-qrcode-generator.com/

Pada laman tersebut pilih menu URL dan tampal pautan yang anda salin sebentar tadi dan klik papda tombol Save untuk memuat turun kod tersebut.



Pada paparan berikut, lengkapkan maklumat kedai dan klik pada tombol Save.



Berikut adalah kod QR yang sudah siap dimuat turun. Cetak dan tampalkan pada Kedai atau Restoran masing - masing untuk diimbas oleh pelanggan.



Paparan yang muncul setelah kod QR di imbas, lengkapkan dan hantar.



Contoh respon yang akan diterima oleh pemilik kedai sebagai rekod.



 

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bemanfaat.

 

Berkaitan