Cara Merakam Video pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang ingin merakam aktiviti atau video pada paparan pelayar Chrome berikut kami kongsikan salah satu alternative yang boleh dicuba.

Pertama sekali buat carian Screencastify pada Google, buka pautan tersebut maka akan muncul paparan dibawah. Klik sahaja pada tombol Add to Chrome.



Kemudian klik pada tombol Add Extension



Setelah selesai proses pemasangan, anda dikehendaki mendaftar masuk menggunakan akaun google terlebih dahulu.



Berikan kebenaran untuk menggunakan kamera dan mikrofon terlebih dahulu.



Selesai, sekiranya anda ingin memulakan proses rakaman pelayar, boleh sahaja klik pada ikon pada bahagian pepenjuru sebelah atas pelayar untuk memulakannya.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan