Cara Merakam Video Pada iPhone Tanpa Diketahui

Proses rakaman pada iPhone kebiasaannya akan terus dibatalkan sekiranya anda keluar daripada aplikasi tersebut dengan menekan tombol Home. Ini akan menyebabkan prsoses rakaman akan diketahui oleh orang disekitar anda apabila terlihat paparan rakaman tersebut pada peranti.

Berikut kami kongsikan cara alternatif yang boleh dicuba sekiranya tidak ingin proses rakaman tersebut dilihat oleh orang disebelah anda.

Pertama sekali buka aplikasi Camera dan mulakan rakaman seperti biasa.



Seterusnya double clik pada tombol home ataupun dengan kata lain masuk paparan sejarah aplikasi seperti berikut.



Apabila memasuki paparan sejarah aplikasi, maka dengan itu rakaman video sebentar tadi tidak akan dibatalkan dan ianya akan terus berjalan seperti biasa.

Apabila selesai proses rakaman, masuk kembali ke menu Camera dan seterusnya tap pada ikon stop.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kli ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan