Cara Menyunting Paparan "Website" Menggunakan Chrome

Kepada anda yang berminat mengubah tulisan atau paparan pada paparan laman sesawang, berikut kami kongsikan kaedahnya. Apapun diharap agar kaedah ini disalahgunakan untuk menyebar fitnah ataupun menyebarkan maklumat yang tidak betul, ianya adalah sekadar rujukan ataupun "suka - suka " sahaja.

Kaedah ini sudah lama terdapat pada Chrome, namun kepada yang masih belum tahu ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke menu berikut



Kemudian masuk ke Tab Console dan masukkan kod
document.designMode = 'on'

disusuli dengan menekan Enter.



Dengan itu paparan laman tersebut akan dapat disunting dengan serta merta, anda boleh sahaja menutup paparan Deveoper tersebut. Paparan laman tersebut akan dapat disunting seperti menggunakan Microsoft word, yang mana setiap gambar dan tulisan boeh diubah ataupun dipadamkan mengikut kemahuan anda.



Untuk mematikan fungsi tersebut masukkan kod berikut pada bahagian Console
document.designMode = 'off'

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan