Cara Menyunting Gambar Seakan Photoshop Diatas Talian

Kepada anda yang biasa menggunakan aplikasi Photoshop untuk menyunting gambar, sememangnya agak kekok sekiranya perlu menggunakan aplikasi suntingan yang lain dek kerana fungsi dan susunan menunya yang agak berbeza. Berikut kami kongsikan alternatif yang boleh digunakan sebagai ganti Photoshop disaat anda memerlukan dan ianya adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pemasangan pada PC..

Pertama sekali, buka aplikasi pelayar sesawang. Kemudian buat carian pada Google perkataan "Photopea". Seterusnya pada paparan carian tersebut, klik pada pautan berikut.



Maka anda akan dibawa ke laman sesawang Photopea yang mana menu dan fungsi yang terdapat pada aplikasi atas talian tersebut seakan sama dengan Photoshop.



Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memuat naik gambar yang ingin disunting pada menu File > Open, dengan itu anda boleh terus mulakan proses suntingan yang diingini.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan