Cara Menyimpan Voice Note Daripada Whatsapp Sebagai Fail mp3

Kepada anda yang masih lagi mencari cara yang paling sesuai untuk menyimpan fail suara daripada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara - cara untuk mengubah fail suara tersebut kepada fail jenis mp3.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke File Manager >> Whastapp >> Media >> Whatsapp Voice Note , untuk mengakses kesemua fail suara yang diperolehi daripada kiriman Whatsapp.



 

Anda akan dapati fail - fail tersebut adalah berfotmat opus yang mana tidak dapat dimainkan pada pemain muzik yang biasa.



 

Untuk membolehkannya dijadikan sebagai fail jenis mp3, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memuat turun aplikasi Converter iaitu dikenali sebagai Opus to mp3 Converter yang boleh doperolehi daripada Playstore mahupun laman sesawang APkPure.com.

Setelah siap dipasang aplikasi tersebut, buka aplikasi tersebut dan masuk ke bahagian File Browser dan pilih fail daripada lokasi suara Whatsapp yang ingin anda ubah formatnya.



 

kemudian pilih fungsi convert to mp3.



 

Apabila muncul paparan berikut, anda dikehendaki memilih lokasi untuk simpanan fail yang telah ditukarkan tersebut.



 

Berikut contoh fail yang sudah siap di tukarkan kepada mp3.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan