Cara Menyimpan Fail PDF Terus pada iPhone

Peranti iPhone sememangnya mempunyai syarat yang ketat terutamanya melibatkan proses muat turun pada pelayar Safari. Kepada anda yang ingin memuat turun fail jenis PDF pada iPhone, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang yang mengandungi fail PDF yang anda ingin muat turun. Kemudian klik pada ikon Share pada penjuru bawah pelayar.



Dengan itu anda akan dibawa ke menu pilihan aplikasi.



Skrol kebawah dan pilih menu Save To Files.



Seterusnya pilih lokasi dimana anda ingin fail tersebut disimpan kemudian tap menu Save, selesai. Fail tersebut akan disimpan pada Folder Files peranti.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan