Cara Menyembunyikan Filem dan rancangan TV Pada Netflix

Seperti yang kita sedia maklum bahawa rancangan yang tersedia pada Netlfix terdiri daripada pelbagai genre dan kebanyakan daripada kandungannya adalah tidak bertapis. Masalah ini akan menjadi kerisauan kepada ibu bapa sekiranya filem atau rancangan tersebut dimainkan ketika tontonan bersama keluarga.

Oleh itu kepada anda yang tidak ingin Filem atau rancangan tertentu muncul pada paparan Netflix, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali masuk ke menu Account.



Pilih profil seterusnya Change pada View Restrictions.



Manakala pada paparan berikut, taip nama filem atau rancangan yang anda ingin sembunyikan kemudian klik pada tombol Save, selesai



Sekarang semua filem yang anda senaraikan tadi tidak lagi akan muncul pada paparan menu Netflix walaupun setelah dibuat carian.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan