Kepada anda yang mempunyai masalah melibatkan Sambungan USB peranti Android Pada PC seperti untuk mengakses data dan lain – lain, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali masuk ke menu Device Manager. Sebelum itu pastikan peranti pintar anda telah tersambung dengan PC tersebut menggunakan kabel USB.
Kemudian skrol pada menu dan cari yang berkaitan dengan peranti pintar anda. Klik kanan dan pilih menu Update driver.
Seterusnya pada paparan berikut pilih menu dibawah.
Klik pada menu “Let me pick from a list of device drivers on my computer” .
Kemudian pilih menu “Android Device” atau “Android Phone.” disusuli dengan menekan tombol Next.
Akhir sekali pilih menu “MTP USB Device” dan klik pada tombol Next.
Dengan itu tetapan peranti akan dipasang, selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.