Cara Menyekat SMS Pada Peranti Android

Mutakhir ini banyak pesanan ringkas ataupun SMS yang berunsurkan "scam" dihantar kepada pengguna peranti pintar. Walaupun sebahagian besar  SMS tersebut sudah dikenalpasti, namun kehadirannya agak mengganggu dan menjengkelkan.

Kepada anda yang berhasrat menyekat SMS yang tidak diingini masuk ke peti simpanan peranti pintar, berikut kami kongsikan alternatifnya.

Pertama sekali muat turun dan pasang aplikasi SMS Organizer daripada laman apkpure.com



Buka aplikasi tersebut, tekan mana - mana mesej yang ingin anda sekat dikemudian hari dalam 2 saat untuk menandakanya.



Seterusnya tap pada ikon berikut



Akhir sekali klik pada menu Blocked  pada paparan yang muncul.



Dengan itu mesej tersebut akan dipindahkan ke "Blocked Folder". Maka pada masa akan dating, setiap SMS daripada nombor tersebut tidak lagi dipaparkan pada peti simpanan biasa, yang mana ianya akan terus masuk ke "Blocked Folder".

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan