Cara Menyekat "Si Pencuri" WiFi

Kepada anda yang selalu menjadi mangsa "si pencuri" WiFi walaupun telah dilengkapi dengan kata laluan. Berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang disediakan pada sistem modem yang boleh anda cuba.

Pertama sekali masuk ke menu tetapan modem seperti berikut, kemudian masuk ke menu Setting.

Menu tetapan ini kebiasaan boleh diakses dengan kod alamat 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 dan sebagainya seperti yang tertera pada bahagian info modem.



Seterusnya pada bahagian Security, pilih menu Device Management.



Pada paparan berikut, akan dinyatakan jenis peranti yang tersambung pada talian WiFi tersebut. Apa yang peru anda lakukan ialah kenalpasti peranti Asing yang disyaki sebagai "si pencuri" WiFi kemudian klik pada menu Block.



Klik pada tombol Ok.



Selesai, maka dengan itu peranti tersebut akan dimasukkan dalam senarai hitam Modem. sebarang cubaan untuk menyambung kepada WiFi akan disekat selama - lamanya.



Walaupun ada sedikit perbezaan bagi setiap jenis modem, fungsi ini kebiasaanya tersedia dengan aturan yang hampir serupa.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kami ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan