Cara Menyambung Kembali Muat Turun Pada Chrome

Kepada anda yang menggunakan Chrome untuk memuat turun fail ataupun video, berikut kami kongsikan cara untuk menyambung sebarang muat turun yang tergendala pada Chrome.

Pertama sekali masukkan kod carian berikut pada ruang carian chrome

chrome://downloads

Kemudian akan muncul paparan senarai fail yang telah dimuat turun, termasuk yang tergendala.



Untuk menyambungkan kembali proses muat turunnya, klik pada tombol Resume.



Selesai, sekarang fail tersebut akan disambung kembali muat turunnya.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan