Cara Menyahaktifkan Paparan "Frequently Visited Pages" Pada Pelayar Safari

Kepada pengguna iPhone, yang gemar menggunakan pelayar Safari, berikut kami kongsikan cara untuk menyekat safari daripada memaparkan laman yang kerap anda layari pada paparan pemula.

Walaupun anda boleh memadamnya secara satu persatu,



Namun ianya mungkin akan menjengkelkan seiranya perlu dilakukan setiap kali ianya muncul. Untuk mematikan fungsi tersebut secara kekal, pertama sekali masuk ke menu Setting kemudian pilih aplikasi Safari.



Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyahaktifkan tombol bagi fungsi berikut. Maka dengan itu tiada lagi paparan laman sesawang pada paparan pemula aplikasi tersebut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan